Tuesday 19 March 2013

Aktiviti-aktiviti santai @ Inap Desa Ra'id Homestay & Chalet

 

Sekadar menginap rasanya belum cukup....penuhi masa anda sepanjang berada di Ra'id Homestay & Chalet dengan aktiviti santai.


..Kita meneroka keindahan sawah padi yang terbentang luas. Jarak dari homestay ke kawasan sawah padi lebih kurang 4 kilometer. Kita dapat melihat bagaimana padi ditanam, dijagai dan dituai.....




       

   

            Kita teruskan penerokaan ke perkampungan orang asli di Kampung Denai atau Kampung Bukit Lepas. Kita dapat mengenali cara hidup masyarakat asli di situ. Jarak lebih kurang 8 km dari homestay pasti memberi seribu kenangan dan keinsafan.....




        Kita singgah sekejap di empangan yang membekalkan air kepada pesawah. Kalau minat memancing ikan toman boleh singgah memancing di sini....








              Kita ke kuala sungai Endau pula.....menyaksikan keindahan jeti nelayan yang menempatkan bot-bot nelayan. Kalau bernasib baik kita boleh membeli ikan segar di situ. Jarak dari homestay lebih kurang 8 km.








           Mari kita ke pantai menyaksikan keindahan dan ketenangan......kalau berminat kita boleh menarik pukat di Pantai Mempisang...
















No comments:

Post a Comment