Sunday 8 September 2013

Assalamualaikum dan salam sejahtera.....

Selamat datang kepada bakal penginap dan selamat meneruskan perjalanan kepada mereka yang telah menginap di Ra'id Homestay & Chalet Kampung Pianggu, Tanjung Gemok, Kuala Rompin Pahang. Pihak pengurusan merakamkan jutaan terima kasih kepada para tetamu yang budiman atas kesediaan menginap di Ra'id Homestay & Chalet. Segala kekurangan akan kami perbaiki dan apa yang menarik bolehlah dikongsikan kepada rakan-rakan yang lain. Terima kasih....






Monday 8 April 2013

 Proses Dekorasi Homestay Qzali

30 Mac 2013..... Homestay Qzali siap sepenuhnya.
Upah kerja pembinaan pun telah selesai dibayar..... 

Kerja-kerja mengecat dijalankan. Buat sendiri nak jimatkan belanja...duit dah tinggal sedikit. Pening juga nak memilih warna...

 Warna asas dulu...putih....
 


Bahagian Hadapan Homestay Qzali





 Emmmm akhirnya siap juga cat asas putih bersih.........
















 Ruang dapur.....Oren jadi pilihan...gunakan warna panas....











Ruang tamu juga warna oren....jimat belanja.......


Gantunglah cermin-cermin yang dibeli di IKEA Damansara.


Lantai....tikar getah je.......










Ruang menonton........

Pasang TV LED pada dinding...

Wall picture juga oren.....












                 Masukkan perabot.......
                           Bentang tikar rotan dari Sarawak.......
                                       Karpet corak padang basket ball oren juga........
                                                   Sofa bed merah menyala.....huhuhu...panas........



 Ruang Tamu.....





 Bilik Tidur.....Katil Queen sahaja....

 Hamparan tikar buluh.......














Sehari dua lagi siaplah dekorasi Homestay Qzali ni.....Para tetamu bolehlah buat tempahan......Apa-apa pun call 0137552737 terlebih dahulu untuk buat tempahan.



























































Tuesday 19 March 2013

Aktiviti-aktiviti santai @ Inap Desa Ra'id Homestay & Chalet

 

Sekadar menginap rasanya belum cukup....penuhi masa anda sepanjang berada di Ra'id Homestay & Chalet dengan aktiviti santai.


..Kita meneroka keindahan sawah padi yang terbentang luas. Jarak dari homestay ke kawasan sawah padi lebih kurang 4 kilometer. Kita dapat melihat bagaimana padi ditanam, dijagai dan dituai.....




       

   

            Kita teruskan penerokaan ke perkampungan orang asli di Kampung Denai atau Kampung Bukit Lepas. Kita dapat mengenali cara hidup masyarakat asli di situ. Jarak lebih kurang 8 km dari homestay pasti memberi seribu kenangan dan keinsafan.....




        Kita singgah sekejap di empangan yang membekalkan air kepada pesawah. Kalau minat memancing ikan toman boleh singgah memancing di sini....








              Kita ke kuala sungai Endau pula.....menyaksikan keindahan jeti nelayan yang menempatkan bot-bot nelayan. Kalau bernasib baik kita boleh membeli ikan segar di situ. Jarak dari homestay lebih kurang 8 km.








           Mari kita ke pantai menyaksikan keindahan dan ketenangan......kalau berminat kita boleh menarik pukat di Pantai Mempisang...
















Monday 18 March 2013

Pembinaan Chalet Baru Mac 2013

Pada 9 Mac 2013, pihak kami mula membina sebuah lagi Chalet yang berkeluasan 20 x 20 kaki persegi. Chalet ini mempunyai satu bilik tidur dan ruang tamu serta dapur kecil dan sebuah bilik air. Pada mulanya chalet ini mahu dibina di tebing sungai dengan anjungnya mengunjur ke sungai tetapi disebabkan masalah tebing runtuh terpaksa di tukar perancangannya.


 Tanah juga telah ditambak.....tapi sayang disebabkan struktur tanah yang lemah terpaksalah diubah perangcangannya......



   Kini proses pembinaan sudah hampir 50% siap.....Insyallah hujung Mac nanti siap sepenuhnya.....









My Colections @ Ra'id Homestay & Chalet

Menghayati koleksi Qzali di Ra'id Homestay & Chalet..... mungkin ada yang menarik perhatian tetamu...