Tuesday 19 March 2013

Aktiviti-aktiviti santai @ Inap Desa Ra'id Homestay & Chalet

 

Sekadar menginap rasanya belum cukup....penuhi masa anda sepanjang berada di Ra'id Homestay & Chalet dengan aktiviti santai.


..Kita meneroka keindahan sawah padi yang terbentang luas. Jarak dari homestay ke kawasan sawah padi lebih kurang 4 kilometer. Kita dapat melihat bagaimana padi ditanam, dijagai dan dituai.....




       

   

            Kita teruskan penerokaan ke perkampungan orang asli di Kampung Denai atau Kampung Bukit Lepas. Kita dapat mengenali cara hidup masyarakat asli di situ. Jarak lebih kurang 8 km dari homestay pasti memberi seribu kenangan dan keinsafan.....




        Kita singgah sekejap di empangan yang membekalkan air kepada pesawah. Kalau minat memancing ikan toman boleh singgah memancing di sini....








              Kita ke kuala sungai Endau pula.....menyaksikan keindahan jeti nelayan yang menempatkan bot-bot nelayan. Kalau bernasib baik kita boleh membeli ikan segar di situ. Jarak dari homestay lebih kurang 8 km.








           Mari kita ke pantai menyaksikan keindahan dan ketenangan......kalau berminat kita boleh menarik pukat di Pantai Mempisang...
















Monday 18 March 2013

Pembinaan Chalet Baru Mac 2013

Pada 9 Mac 2013, pihak kami mula membina sebuah lagi Chalet yang berkeluasan 20 x 20 kaki persegi. Chalet ini mempunyai satu bilik tidur dan ruang tamu serta dapur kecil dan sebuah bilik air. Pada mulanya chalet ini mahu dibina di tebing sungai dengan anjungnya mengunjur ke sungai tetapi disebabkan masalah tebing runtuh terpaksa di tukar perancangannya.


 Tanah juga telah ditambak.....tapi sayang disebabkan struktur tanah yang lemah terpaksalah diubah perangcangannya......



   Kini proses pembinaan sudah hampir 50% siap.....Insyallah hujung Mac nanti siap sepenuhnya.....









My Colections @ Ra'id Homestay & Chalet

Menghayati koleksi Qzali di Ra'id Homestay & Chalet..... mungkin ada yang menarik perhatian tetamu...



















Chalet (1 katil Queen +1 Katil Single)...RM 80.00 / Sehari

Inginkan penginapan yang selesa dan ekonomi ? Kami menawarkan Chalet yang selesa dan murah sesuai untuk percutiaan anda sekeluarga di kawasan perkampungan tradisional Kampung Pianggu. Cuma 8 km dari Terminal Feri ke Pulau Tioman.....


Bilik Ra'id Farhan

Bilik Ra'id Fildza


Pintu tengah antara dua chalet

Bilik air yang selesa

Welcome drink